September 30, 2011

v-magic 3rd close up

Hasil perbincangan ahli-ahli v-magic pada 30 September 2011 v-magic 3rd close-up akan diadakan pada 5 November 2011 bertempat di V-magic Corner Restaurant and Cafe. Dijangkakan seramai 13 orang peserta akan berentap di gelanggang v-magic kali ini. Pertandingan kali ini akan diadili oleh 3 orang ahli kuat v-magic iaitu Chivistoh Sittim, Razalie dan Carson Chia. Lebih menarik pertandingan kali ini audiens-nya tidak diketahui atau dalam istilah lainnya bukan audiens yang dijemput. Ini bermakna cabaran kali ini lebih hebat ia bertujuan untuk melatih ahli-ahli v-magic dengan audiens sebenar. Pertandingan kali ini mengikut format pertandingan close-up sebenar. Butiran seperti dibawah:

Pertandingan mempunyai dua pusingan:

Pusingan pertama:
Masa bagi pusingan pertama haruslah lebih daripada 3minit dan kurang daripada 6minit. Peserta boleh menjemput audiens jika mahu/perlu. (butir2 lain dirahsiakan)

Pusingan kedua:
Masa bagi pusingan pertama haruslah lebih daripada 3minit dan kurang daripada 6minit. Audiens pusingan kedua akan ditentukan oleh pengadil pertandingan. Audiens adalah wajib pada pusingan ini. 2 orang audiens akan digunakan pada pusingan ini.